KETUA WHIP MBI EDAR BUBUR LAMBUK KEPADA WARGA ANGGOTA PGA ULU KINTA

HULU KINTA – Bubur lambuk sememangnya terkenal sebagai juadah istimewa yang sering dinantikan terutamanya dibulan Ramadan.

Amalan bersedekah dibulan yang mulia ini amatlah dituntut dalam agama Islam sebagai tanda berkongsi rezeki bersama orang lain terutama berkongsi rezeki melalui makanan bermasak untuk juadah berbuka puasa.

Program edaran bubur lambuk oleh Ketua Whip Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abdul Rahman bertempat di Pintu Masuk Utama, Kem Pasukan Gerakan Am ( PGA ) Briged Utara Ulu Kinta mendapat sambutan apabila 400 bungkus bubur lambuk berjaya diedarkan.

Mazlan melahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Komander PGA Ulu Kinta ,Tuan Shahrom kerana membenarkan edaran bubur lambuk untuk anggota PGA disini.

“Menjadi kebiasaannya kebanyakan orang melakukan edaran bubur lambuk untuk masyarakat tetapi saya ambil pendekatan pada hari ini untuk diedarkan kepada anggota pasukan yang berada didalam kem PGA Ulu Kinta .

“Saya juga mengambil inisiatif pada hari ini untuk mengedarkan bubur lambuk sebanyak 400 pek bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara”, ujar beliau kepada Perak Kini.

Beliau menambah seterusnya selepas ini akan diadakan juga program edaran bubur lambuk di Kem Tentera terpilih khususnya untuk para anggota tentera yang menjaga keamanan negara dengan berkonsepkan edaran secara pandu lalu.

Mohd Azizi Abdul Latif

Related posts

Next Post