IPOH – Dapur Aroma Kafe adalah pilihan terbaik dikalangan pencinta gastronomi di Ipoh khususnya makanan masakan Indonesia autentik yang terletak di Canning Garden.
Bagi mereka yang meminati makanan pedas serta mencabar selera, Dapur Aroma menyajikan pelbagai jenis sambal segar dari dapur oleh chef berpengalaman yang turut didatangkan khas dari Indonesia.
Antara hidangan popular yang menjadi pilihan pelanggan antaranya ayam penyet, nasi padang, pad kra pow, khai jiao, mee balap, mee soto, mee kerupuk seblak dan lain – lain lagi.
Menurut pemilik Dapur Aroma Kafe, Jess Yee, berkata, setiap hidangan yang disediakan menggunakan resepi tradisional tanpa bahan perasa (MSG) atau pes komersial bagi memastikan kesegaran serta keaslian citarasa aroma tradisi.
“Dapur Aroma sering menjadi pilihan untuk majlis peribadi seperti harijadi, ulang tahun hingga ke mesyuarat korporat pada skala kecil yang boleh menempatkan kapasiti sehingga 100 orang,” ujar beliau kepada Perak Kini.
Beliau turut menambah, “Masakan Indonesia tidak banyak terdapat di Ipoh dan diharap dengan adanya Dapur Aroma ianya bakal memberi peluang warga Ipoh merasai cita rasa Indonesia tanpa perlu terbang jauh,”.






