‘CITA RASA ANTARA BENUA’ BUFET RAMADAN EKSKLUSIF DI WEIL HOTEL

IPOH- Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, WEIL Hotel akan melancarkan bufet Ramadan 2025 dengan hidangan eksklusif dari Malaysia dan Timur Tengah selain menampilkan lebih daripada 150 sajian lazat.

Antara menu utama hidangan tempatan dan Timur Tengah adalah kambing golek panggang, kambing ouzi Arab, gulai kawah, rendang tok, samke harra, ikan ala Lubnan serta patin masak tempoyak.

Bufet pratonton Ramadan telah dilancarkan oleh Pengurus Perhubungan Awam dan Pemasaran WEIL Hotel, Erwina Rahim diiringi Chef De Partie, Mohd Anuar Khairudin serta Junior Sous Chef, Mohd Nasir Mohd Yusof bertempat di Tiffin All Day Dining pada malam ini.

Mohd Nasir berkata, untuk menambahkan kemeriahan terdapat 7 stesen makanan disediakan secara lansung kepada tetamu seperti stesen warung panggang, stesen carving sharwarma, sate, bubur lambuk, sup ‘gear box’ serta stesen air balang dan ais kacang.

“Pastinya dengan tema Cita Rasa Antara Benua iaitu gabungan masakan Malaysia dan Timur Tengah pastinya ia lebih unik serta menjadi kenangan berbuka disini.

“Harga bufet Ramadan bermula dari RM108 sehingga RM148 dan bermula pada 2 Mac sehingga 30 Mac 2025 dari jam 7 malam sehingga 10 malam,” ujar beliau.

Nikmati juga hidangan pencuci mulut klasik dari Timur Tengah seperti kunafa dan umm Ali dan rasai manisan tempatan seperti sagu gula Melaka dan juga bubur cha-cha.

Untuk keterangan lanjut boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.weilhotel.com

Mohd Azizi Abdul Latif

Related posts

Next Post