MAYOR TALK – IPOH TERPILIH DALAM NATIONAL HERITAGE CONFERENCE

MELAKA – Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah dipilih sebagai salah seorang panel bagi Mayor’s Talk dalam persidangan “NATIONAL HERITAGE CONFERENCE 2025″ bertempat di Hotel Hatten, Melaka.

Mayors’ Talk adalah sesi perkongsian bersama 2 Datuk Bandar iaitu Datuk Bandar Ipoh dan Datuk Bandar Pulau Pinang berkaitan pengalaman dan penglibatan mereka di dalam melestarikan pemeliharaan dan pemuliharaan aset warisan negara bagi lokasi masing-masing.

Objektif penganjuran persidangan ini adalah berlandaskan kepada tiga perkara iaitu membina perspektif pemeliharaan warisan dari sudut pembangunan ekonomi yang mampan; menyemai budaya kepekaan dan elemen pendidikan di kalangan rakyat tentang peri pentingnya memelihara aset warisan; serta mewujudkan idea-idea kreatif dan inovatif di dalam pengurusan aset warisan negara.

Persidangan ini diadakan seiring dengan sambutan Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan World Tourism Day 2025.

📸🖌️ Majlis bandaraya Ipoh

Mohd UmzarulFaiz Umar

Related posts

Next Post