MH HOTEL TAWAR LEBIH 70 HIDANGAN ISTIMEWA SEMPENA BUFET RAMADAN

IPOH – Bersempena dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi MH hotel telah melancarkan Ramadan Buffet Dinner 2025 untuk pengunjung merasai sajian istimewa.

Bukan sekadar sajian buffet tetapi menitikberatkan sensasi makanan tradisional Malaysia dan juga Timur Tengah.

‘ Ramadan Buffet Dinner’ bukan sahaja hanya sekadar juadah berbuka puasa tetapi juga penghormatan kulinari daripada kecekapan pasukan kulinari MH hotel yang terbaik.

Majlis pratonton peluncuran telah disempurnakan oleh Pengurus Makanan dan Minuman MH Hotel, Mohd Azizan Md Zain diiringi Eksekutif Chef MH Hotel, Fauzi Ramli serta Bankuet Chef, Mohd Firdaus Abdul Aziz bertempat di MH Grand Ballroom pada malam tadi.

Azizan berkata, MH hotel masih mengekalkan kadar seperti tahun sebelumnya dengan harga bermula dari RM51.80 sehingga RM58.80.

“Pada tahun ini MH hotel akan mengadakan Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) untuk membantu anak-anak yatim seperti pakaian raya dan juga duit raya untuk meringankan beban serta menikmati hari raya yang akan datang.

” Jika berkunjung disini pastikan anda merasai nasi arab kabsah, kambing bakar, ayam bakar madu Sarawak, sup kambing dan daging serta berbagai stesen lain seperti ais kacang,aneka salad,manisan serta pelbagai juadah istimewa disediakan kepada tetamu,” ujar beliau.

Tarikh pembukaan buffet Ramadan bermula dari 5 Mac sehingga 28 Mac 2025 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh melayari di sales@mhhotels.com.my

Mohd Azizi Abdul Latif

Related posts

Next Post