236 PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MBI 2024

IPOH – Seramai 236 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang terdiri daripada 121 lelaki dan 55 wanita menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 60 lagi anggota bakal menerima Anugerah Keterampilan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MBI Tahun 2024 .

Majlis penyampaian anugerah APC telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, YB Sandrea Ng Shy Ching bertempat di Pusat Konvensyen Centre Casuarina @Meru pada petang Khamis.

Turut mengiringi Setiausaha Bandaraya Ipoh mewakili Datuk Bandar Ipoh, Ahmad Munir Ishak, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Dato’ Mazlan Abdul Rahman, Tuan Wong Kar Keat, Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan serta Ketua – Ketua Jabatan MBI.

Munir Ishak menyatakan didalam ucapannya, MBI merakam sekalung tahniah dan syabas kepada anggota yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Keterampilan 2024.

” Para penerima APC akan menerima manfaat berupa insentif RM1,000 seorang dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional, sijil penghargaan dan cenderahati .

” Manakala bagi penerima Anugerah Keterampilan pula akan menerima Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional RM400 serta sijil penghargaan,” ujar beliau.

Beliau turut menambah, semoga tahun 2025 ini akan menjadi titik tolak kepada warga MBI untuk meneruskan kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada wargakota Ipoh.

Mohd Azizi Abdul Latif

Related posts

Next Post