Sungai Siput – Ahli Parlimen Sg. Siput, S Kesavan melakukan kunjungan ziarah bagi menyantuni golongan kurang bernasib baik di kawasan Parlimen Sg Siput.
Kunjungan ziarah kasih ini melibatkan 4 keluarga di mana mereka turut menerima kotak makanan, susu, pampers dan wang tunai dan turut dihadiri oleh Ketua AMK , Hairul Akmal dan Ketua Wanita Cabang Sungai Siput, Sharifah Nurr Amiza.
Bagi Kesavan, ziarah kasih ini merupakan rutin beliau setiap kali berada di kawasan dan beliau memang komited untuk terus membantu selaras dengan tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen Sg Siput.
“ Saya memang komited membantu penduduk di Parlimen Sg Siput malah pintu pejabat Parlimen sentiasa terbuka mengalu- alukan kehadiran mereka bagi mengadu masalah dan memohon bantuan “ ujar beliau
Bagi Ketua AMK Cabang Sungai Siput Hairul Akmal, ziarah kasih ini dilihat dapat merapatkan hubungan ahli parlimen dan masyarakat malah secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan anak muda dan komuniti.
“ Saya sebagai Ketua AMK melihat anak muda disini begitu memberi kerjasama dalam ziarah kali dan pasti mereka bersedia bersama AMK dalam sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan kelak” ujar beliau.








