KARNIVAL KERJAYA PERAK SEJAHTERA TAWAR 1600 PELUANG PEKERJAAN

SUNGAI SIPUT – Lebih 1,600 peluang pekerjaan bakal ditawarkan pada Karnival Kerjaya MYFutureJobs Perak Sejahtera 2025 ajuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang berkolaborasi bersama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Perasmian Karnival Kerjaya tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput , YB Kesavan Subramaniam yang mewakili EXCO Sumber Manusia, Kesihatan Interagasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak bertempat di Dewan Perbandaran Sungai Siput Utara pada pagi Sabtu.

Kesavan berkata, sejumlah 16 syarikat berkolaborasi pada kali ini antaranya Carsem, Mc Donald, AAsign, Sakan, Medic Pets serta 99 Speedmart yang turut menjayakan karnival ini.

” Sebanyak 1600 kekosongan peluang pekerjaan bakal tersedia pada karnival yang berlansung pada hari ini.

“Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), graduan universiti serta mereka yang sedang mencari pekerjaan termasuk golongan OKU, pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini,” ujar beliau.

Beliau turut menambah, ini adalah kali pertama karnival pada tahun ini dilaksanakan di Parlimen Sungai Siput dan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Perak atas aspriasi karnival ini.

Beliau juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil syarikat dan agensi kerajaan yang menjayakan ‘Booth Karnival Kerjaya Perak Sejahtera 2025’.

Mohd Azizi Abdul Latif

Related posts

Next Post