KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG RAIKAN KEHADIRAN AHLI BARU 2025

IPOH – Kelab Bakti Gunung Keledang ( KBGK ) meraikan kehadiran keanggotaan baru yang telah dimansyhurkan oleh Presiden KBGK, Mohammad Hamzah Hamdan bertempat di Royal Perak Golf Club ( RPGC ) pada Rabu malam.

Majlis tersebut turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suadi Abdul Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato Mohd Zaki Mahyudin , Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah serta lain lain tetamu kehormat.

Pada ucapannya Hamzah berkata, majlis ini bukan sekadar pertemuan santai, tetapi juga medan untuk mengenang pencapaian, memperkukuh silaturahim, serta menyemai semangat baharu dalam perjuangan kelab.

“Sepanjang tahun lalu, KBGK telah berjaya melaksanakan pelbagai program khidmat masyarakat seperti misi bantuan kotak makanan kepada masyarakat yang memerlukan, program sekolah angkat, kampung angkat, program pendidikan,kesihatan komuniti dan semua ini tidak mungkin terlaksana tanpa komitmen dan semangat sukarelawan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli kelab yang begitu berdedikasi.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada semua ahli kelab yang telah menyumbang tenaga, masa dan idea dalam menjayakan setiap aktiviti dan semuanya adalah nadi kepada kelangsungan kelab ini,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, beliau juga turut menyempurnakan keahlian kepada Ahmad Suadi Abdul Rahim sebagai ahli terbaru KBGK.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak, Dato’ Ahmad Sabri Mohammad yang bertajuk ‘Jangan Berhenti Menjadi Baik’.

Mohd Azizi Abdul Latif

Related posts

Next Post