LIONS CLUB ANJUR PERTANDINGAN POSTER KEAMANAN 2025

IPOH – Lions Club of Perak Silver State (LCPSS) berkolaborasi bersama The Loyal Academy selaku penaja utama menganjurkan pertandingan poster keamanan, mewarna, seni kolaj bahan kitar semula serta karnival pemeriksaan kesihatan.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Naib ke-2 Gabenor Daerah 308B2, Simon Tan Yu Seng bertempat di AEON Big Falim pada petang Ahad.

Turut mengiringi Pengerusi Wilayah 5 308B2, Dr Richard Ng serta Pengerusi Penganjur LCPSS, Wong Kean Rong.

Menurut Dr Richard, lebih daripada 200 penyertaan telah diterima untuk tiga kategori yang telah dipertandingkan iaitu poster keamanan (berusia 11-13 tahun) mewarna ( berusia 7-10 tahun) dan seni kolaj bahan kitar semula ( terbuka ) .

“Hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000 termasuk wang tunai, jam tangan, trofi serta sijil penyertaan.

” Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja yang turut sama menjayakan pertandingan ini diantaranya Pantai Hospital Ipoh, Pure Sound Tech, SL Chan, KOHIJAU, RIV Time dan lain-lain lagi,” ujar beliau kepada Perak Kini.

Beliau turut menambah, “Gunakan peluang yang ada ini untuk mempamerkan bakat seni anda,”.

Mohd Azizi Abdul Latif

Related posts

Next Post