IPOH – Usaha anak muda dan komuniti Kampung Kepayang menghidupkan kembali tradisi memasang pelita sempena Aidilfitri dapat mengeratkan silaturahim penduduk pelbagai generasi menerusi Pertandingan Hiasan Pelita Panjut Syawal Kampung Kepayang anjuran Pusat Khidmat ADUN Kepayang bersama JPKK Kampung Kepayang Fair Park pada malam tadi.
Inisiatif itu menyaksikan 28 rumah mengambil bahagian serta penduduk sekitar juga bergotong-royong menghiasi kawasan kampung dengan lebih 2,000 pelita, membawa kembali nostalgia sambutan Hari Raya yang kian dilupakan.
Kehadiran beberapa Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Hamzah Dato Hamdan , Wong Kar Keat , Farid Walit Ahmad Fuad dan Azmy Mohamed Nasir selaku panel juri menambahkan kehangatan dalam pertandingan tersebut.
Johan bagi pertandingan tersebut akan membawa pulang wang tunai sebanyak Rm1,000.
Menurut penduduk kampung, Jamaluddin Abu Bakar, 47, pertandingan sebegini belum pernah lagi dianjurkan hampir 20 tahun serta amat teruja dengan suasana kemeriahan pada malam ini dan berharap program komuniti ini dapat dikekalkan.
📸 Clr Hamzah Hamdan



