Larut – Persidangan BERSATU Bahagian Larut telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Hamzah Zainuddin , Timbalan Presiden Bersatu Malaysia merangkap Ahli Parlimen Larut baru – baru telah berjalan dengan lancar.
” Kehadiran melebihi 400 orang perwakilan dan juga pemerhati membuktikan persidangan berjalan dengan lancar ” ujar Ketua Penerangan Bersatu Larut, Azurin Wahab.
Menurutnya , cawangan yang layak bersidang juga telah bertambah dari 25 cawangan ke 38 cawangan dan beberapa cawangan lagi masih menunggu kelulusan ROS dengan keahlian keseluruhan melebihi 4000 org.
” Larut juga berjaya menubuhkan sayap Srikandi Muda dengan 5 cawangan baru telah berjaya di tubuh dan mengadakan persidangan” ujar beliau.
Menurutnya ,Ini adalah satu peningkatan yang amat ketara dan penerimaan yang amat baik dari masyarakat Larut untuk bersama dengan kita atas satu wadah perjuangan yang sama demi agama ,bangsa dan negara .
Menurut Azurin, isu ahli keluar dan melompat parti adalah perkara biasa yang timbul setiap kali persidangan mana – mana parti.
” Mereka yang keluar ini adalah golongan yang kecewa malah mempunyai agenda dan kepentingan peribadi kerana kita lihat mereka seperti tidak puas hati seolah -olah tidak mendapat sesuatu dari parti” ujar beliau
Tindakan mereka yang mengisyihar keluar parti tidak menjejaskan kedudukan parti malah dengan penerimaan kemasukan ahli baru ianya menjadikan BERSATU Bahagian Larut semakin kukuh
” Saya pun bersyukur kerana masyarakat menerima pucuk pimpinan BERSATU malah kemasukan ahli setiap hari jelas menunjukkan kesediaan rakyat bersama BERSATU”
” Jika dilihat, kalau dahulu kita ada 3,000 ahli dan kini telah melebihi 4,050 kerana setiap hari ada sahaja kemasukan ahli baru melalui atas talian ” ujarnya.
Azurin juga turut mengucapkan terima kasih kepada YB Ustad Akmal Kamarudin, Adun Selama yang hadir mewakili kepimpinan PAS Kawasan Larut.




