SETIAWAN – Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh (RNKTM) berkolaborasi bersama Pondok Hidayatullah menganjurkan ‘World Quran Hour’ dengan dihadiri lebih 120 peserta termasuk pelajar-pelajar pondok.
Majlis tadabbur Al-Quran turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengasas RNKTM, Datin Maziah Rafie bertempat di Pondok Hidayatullah Tanjung Kepah pada petang semalam.
Turut mengiringi Pengerusi Jameah Raudah Al-Solihin, Ustaz Mohd Subari Ahmad, Timbalan Mudir Pondok Hidayatullah , Ustaz Abu Bakar Omar serta Panji-Panji As-Saff RNKTM.
Maziah Rafie berkata, pada bulan Ramadan ini adalah waktu mengeratkan silaturahim diantara pelajar dan masyarakat.
” Ini adalah satu pendekatan untuk kami berkongsi ilmu serta pengalaman bersama-sama dengan pelajar-pelajar disini.
” PNKTM berharap selepas ini ianya dapat diteruskan lagi kerana Al-Quran bukan sekadar hanya dibaca tetapi juga untuk menjadi panduan dengan konsep faham dan amal”, ujar beliau kepada Perak Kini.
Uztaz Abu Bakar menambah , tadabbur Al-Quran pada petang ini adalah dari Surah Al-Saff (61:ayat 14).
“Disini terdapat 80 pelajar terdiri daripada 48 pelajar perempuan dan 32 pelajar lelaki berumur diantara 12 sehingga 18 tahun.
“Ini adalah kali pertama kami berkolaborasi bersama PNKTM dan pelajar disini amat teruja sekali dengan kehadiran Datin dan rombongan”,ujar beliau.
Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa dengan pelbagai juadah istimewa yang telah disediakan .




